SELAMAT DATANG KE BLOGKU





My Profile

Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha 1432H/2011M



Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam ...
Maaf Zahir dan Batin.. Read More..

Di sebalik nama COCA- COLA


Kepada peminat-peminat coca-cola. apa yang anda tahu tentang coca-cola. di sini saya ingin kongsi satu entry yang saya ambil dari satu blog berkaitan dengan jenama minuman ini.

FAKTA tentang COCA-COLA:
1. Coca-Cola mampu menghakis tulang. Hal ini dapat dibuktikan apabila kita masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari.
2. Coca-Cola digunakan untuk mencuci tandas : Masukkan air Coca-Cola ke dalam mangkuk tandas dan biarkan selama 1 jam. Kemudian anda ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam air tersebut.

3. Untuk menghilangkan kesan karat pada bumper kereta jenis chrome: Caranya adalah dengan lap bumper tersebut dengan aluminium foil yang direndam dalam air Coca-Cola. Kesannya karat tersebut akan hilang.

4. Untuk menghilangkan hakisan pada terminal bateri kereta : Tuang saja air Coca-Cola pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coca-Cola, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit pada pakaian : Letakkan air Coca-Cola ke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang.

7. Coca-cola mempunyai bahan aktif seperti phosphoric asid. Ia mempunyai nilai pH antara 2.8 hingga 3.2 . Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang kita dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama penyakit osteoporosis.

8. Kandungan gula dalam air Coca-cola bersamaan dengan 18 sudu cawan teh. Kandungan gula yang tinggi ini akan menjurus kepada penyakit Diabetes.

Untuk pengetahuan semua,Coca-cola diharamkan penjualannya  di Israel demi menjaga kesihatan rakyatnya.
 
Fakta lain yang anda perlu tahu tentang Coca-cola:
apabila dibaca dari belakang, akan kelihatan ayat ‘Laa Muhammad, Laa Makkah’ dalam tulisan jawi.




bagaimana dengan anda, cuba kita sama-sama fikirkan... Read More..

Monday, October 31, 2011

Petua Imam Syafi'e

Dah lama rasanya tak update blog ni. bukannya apa sibuk dengan kerja kat sekolah yang bertimbun-timbun dan juga tugasan oum. Beginilah rupanya orang kerja sambil belajar. Semua mesti dibuat dalam waktu yang sama. Mesti tahu jaga masa... sambil melayari internet untuk mencari nota-nota untuk tugasan. Terjumpalah satu entry yang tak kurang menarik pandangan mata. Anda macam mana... anda nilailah sendiri...

Empat perkara menguatkan badan


1. makan daging
2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas

sumber entry: http://tazkirah-umum.blogspot.com/



Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam



Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih



Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat



Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR


1. TIDUR PARA NABI - Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH - Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA - Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.

4. TIDUR SYAITAN - Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka. Read More..

Monday, September 26, 2011

Misteri Pembinaan Piramid Telah Dijawab Dalam Al-Quran


Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.
Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan
Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:


وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ


“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.” (Al-Qasas: 38)


Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.
Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.
Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.
Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.

Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”
Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.



Gambar di atas menunjukkan kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun.

Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al-Quran sebagai pemberi rahmat dan petunjuk kepada sekalian alam.
sumber: http://www.islamituindah.my/misteri-binaan-piramid-dijawab-oleh-al-quran
Read More..

Friday, September 2, 2011

Pesanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Assalamualaikum Wbt.
Hari Raya Aidilfitri 2011 telah beberapa hari berlalu, namun kemeriahannya masih lagi terasa. Adab kunjung-mengunjung masih lagi dijalankan. Walaupun ada sesetengah syarikat telah mula bekerja. Rasanya belum terlambat untuk saya menyiarkan sedutan ucapan daripada pemimpin negeri kelantan yang tersohor sempena hari raya.
sama-samalah kita ikutinya, semoga ianya dapat sama-sama kita fikirkan kebaikannya:





sumber: http://ijoks2009.blogspot.com/2011/08/pesanan-hariraya-dari-tokguru.html Read More..

Rebutlah Peluang Berpuasa Enam Hari Di Bulan Syawal


بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Bulan Ramadhan merupakan bulan mudah untuk mengaut pahala kerana setiap amal ibadah yang dilakukan oleh seseorang dengan penuh keikhlasan di bulan ini dijanjikan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan pahala yang berlipat kali ganda. Walau bagaimanapun pahala yang banyak di bulan Ramadhan tidaklah terputus begitu sahaja dengan berlalunya bulan Ramadhan. Seseorang yang menekuni bulan Ramadhan dengan berpuasa penuh satu bulan akan dapat melanjutkan meraih keuntungan pahala apabila dia melaksanakan puasa enam di bulan Syawal. Puasa enam di bulan Syawal ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di bulan Syawal setelah selesai menjalankan kewajipan ibadah puasa di bulan Ramadhan.

Fadhilat Berpuasa Sunat Enam

Seperti juga halnya dengan puasa-puasa sunat yang lain, berpuasa sunat enam di bulan Syawal juga mempunyai fadhilat tertentu jika dilaksanakan setelah berpuasa di bulan Ramadhan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Ayyub al-Anshari Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari di bulan Syawal, (puasanya di bulan Ramadhan dan enam hari di bulan Syawal itu) seperti berpuasa sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Muslim)
Dalam hadis tersebut dijelaskan mengenai ganjaran melaksanakan puasa Ramadhan diikuti dengan puasa enam hari di bulan Syawal adalah seperti berpuasa sepanjang tahun. Disebutkan bahawa seseorang yang melakukan satu kebaikan ganjarannya adalah sebanyak sepuluh pahala. Oleh yang demikian, puasa sebulan penuh di bulan Ramadhan menyamai dengan sepuluh bulan iaitu kira-kira 300 hari, sementara puasa enam hari di bulan Syawal adalah menyamai dua bulan iaitu 60 hari dan ini menjadikan jumlah ganjaran pahala seperti pahala berpuasa setahun keseluruhannya atau dua belas bulan. Perkara ini diperkuatkan lagi dengan hadis riwayat Tsauban Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:

“Berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan itu menyamai) dengan sepuluh bulan berpuasa dan berpuasa enam hari selepasnya (di bulan Syawal menyamai) dengan dua bulan berpuasa, maka yang demikian itu (apabila dicampurkan menjadi)genap setahun.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Persamaan di sini adalah dari segi perolehan pahala, iaitu seseorang itu akan mendapat pahala seperti pahala yang didapatinya dari puasa fardhu. Hasilnya orang yang mengerjakan puasa enam setelah mengerjakan puasa Ramadhan adalah sama dengan pahala mengerjakan puasa fardhu sebanyak setahun.

Cara Mengerjakan Puasa Sunat Enam

Puasa sunat enam harus dikerjakan secara berasingan atau berselang seli hari sepanjang bulan Syawal. Walau bagaimanapun afdhal mengerjakannya secara berturut-turut selepas Hari Raya, iaitu mulai hari raya kedua kerana menyegerakan melaksanakan ibadat.
Bolehkah Orang Yang Meninggalkan Puasa Ramadhan Melakukan Puasa Enam? Apabila disebut mengenai puasa enam di bulan Syawal dan kaitannya dengan berpuasa sebulan penuh di bulan Ramadhan, timbul persoalan, adakah mereka yang tidak melaksanakan puasa penuh di bulan Ramadhan sama ada kerana sebab-sebab yang dibenarkan oleh syara‘ atau tidak juga diharuskan berpuasa sunat enam? Mereka yang meninggalkan puasa sama ada kerana keuzuran yang diharuskan syara‘ atau tidak, wajib mengqadha puasa yang ditinggalkannya. Oleh itu, bagi orang yang tidak berpuasa sebulan penuh Ramadhan dan ingin melakukan puasa enam hendaklah terlebih dahulu melihat sebab-sebab dia meninggalkan puasa tersebut. Penjelasannya seperti berikut:

i. Orang yang meninggalkannya dengan senghaja. Orang yang meninggalkan puasa Ramadhan dengan senghaja wajib menyegerakan qadha puasa dan haram melakukan puasa-puasa sunat termasuklah puasa enam kecuali setelah dia selesai mengqadha puasanya.

ii. Orang yang meninggalkan puasa disebabkan keuzuran yang diharuskan oleh syara‘ . Bagi orang yang tidak berpuasa Ramadhan sebulan penuh disebabkan keuzuran yang diharuskan oleh syara‘ seperti haid dan nifas, musafir atau orang sakit adalah disunatkan berpuasa enam sekalipun mereka masih mempunyai qadha. Walau bagaimanapun ganjaran pahala puasa enam bagi orang yang tidak berpuasa penuh bulan Ramadhan tidak sama dengan ganjaran pahala bagi orang yang mengerjakan puasa enam selepas mengerjakan puasa Ramadhan sebulan penuh.

Cara Berpuasa Enam Bagi Orang Yang Tidak Berpuasa Ramadhan Sebulan Penuh Kerana Uzur Syar‘ie

Terdapat beberapa cara boleh dilakukan oleh orang yang tidak berpuasa Ramadhan sebulan penuh disebabkan keuzuran yang diharuskan oleh syara‘ dan tidak mahu terlepas peluang untuk melaksanakan puasa sunat enam, iaitu seperti berikut:

i. Melunaskan dahulu qadha puasa Ramadhan di bulan Syawal dan setelah selesai barulah melaksanakan puasa enam,

ii. atau mendahulukan puasa sunat enam hari di bulan Syawal dan seterusnya melaksanakan qadha puasa sama ada di bulan Syawal atau pada bulan-bulan yang lain sebelum tibanya Ramadhan akan datang. Perkara ini dihukumkan makruh kerana melambatkan qadha Ramadhan. Walau bagaimanapun diberi pahala sunat kerana puasa sunat enam yang dilakukannya.

iii. Atau meniatkan puasa qadha dan puasa sunat enam sekaligus. Harus berniat bagi kedua-dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa sunat dengan tujuan bagi melaksanakan kedua-dua tuntutan itu. Dengan demikian terlaksanalah puasa qadha dan mendapat ganjaran sunat kerana berpuasa enam. Sebagai contoh seseorang itu boleh berniat: “Sahaja aku puasa esok hari mengqadha puasa Ramadhan dan puasa sunat enam bulan Syawal kerana Allah Ta‘ala.” Akan tetapi jika dia berniat hanya bagi puasa qadha atau bagi puasa sunat enam sahaja, maka yang terlaksana adalah puasa yang diniatkannya itu. Mengenai orang yang berniat puasa wajib bersama puasa sunat ini ada disebutkan oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami Rahimahullah dalam fatwanya menjawab mengenai dengan seseorang yang berniat puasa sunat hari ‘Arafah dengan puasa fardhu seperti qadha Ramadhan atau puasa nazar:

“Jika diniatkan keduanya (puasa sunat dan puasa wajib) dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya”.

Puasa sunat enam di bulan Syawal merupakan kesinambungan ibadah puasa yang dilakukan di bulan Ramadhan. Tentunya amatlah besar ganjaran yang dikurniakan olah Allah Subhanahu wa Ta‘ala bagi sesiapa yang melaksanakannya dengan penuh ketaqwaan dan keikhlasan. Rebutlah peluang ini dan jangan kita biarkan bulan Syawal berlalu tanpa melakukan puasa sunat enam.
Read More..

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011


Dapatkan animasi di Sini


Sahlah sudah Hari Raya Aidilfitri 2011 jatuh pada hari Selasa, 30 Ogos 2011M bersamaan 1 Syawal 1432 H. Pengumuman hari raya ini telah dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.


Read More..

Khasiat Buah Delima


Hari ini saya nak cerita tentang buah delima pulak. Di negara kita tidak ler susah sangat hendak cari buah delima.

Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya.Delima (rumman ) dalam Al Quran disebutkan di beberapa tempat, iaitu dalam Surat Al An’am 99 dan 141, serta Ar Rahman 68.

Dalam sebuah hadits mauquf dan marfu’, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda bahawa Buah Delima termasuk buah syurga. “ Tak satupun buah delima yang kalian tanam, melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima syurga”. Harb dan lainnya meriwayatkan juga dari Ali bin Abi Thalib bahwa Rasulullah bersabda yang artinya, “ Makanlah Buah Delima beserta minyak dan atau lemaknya karena ia dapat mengaktifkan pencernaan” (HR. Imam Ahmad). Ibnu Qayyim dalam Buku At Tibb An Nabawi, berkata tentang buah delima’ “ Sesungguhnya buah delima itu sangat baik untuk perut kerana dapat menguatkannya”.
Bahagian2 Buah Delima, terutama kulit luarnya mengandung asam tanat ( Tannic Acid) iaitu zat pembasmi dan pembersih bakteria. Sedangkan jika diperah (dibuat jus) selain mengandung Tannic Acid juga zat gula mentol dan unsur besi dalam jumlah yang cukup tinggi.

Kisah buah Delima ditangan Sayidina Ali

Suatu ketika Fatimah az-Zahra putri Rasulullah SAW jatuh sakit dan beliau meminta kepada suaminya Sayidina Ali agar dibelikan buah delima di pasar. Atas rasa cintanya kepada beliau Sayidina Ali segera pergi kepasar untuk membeli buah delima untuk istrinya.Setelah mendapatkan buah tersebut dia segera kembali ke rumah,di jalan dia bertemu dengan seorang pengemis dan meminta buah tersebut,dikarenakan isterinya juga menginginkan buah delima tersebut akhirnya buah tersebu di bagi dua.Yang kini ada di tangannya hanya setengah dari buah delima untuk istrinya.Lalu beliau melanjutkan perjalanan kembali kerumah,lagi-lagi ada seorang pengemis yang sangat kelaparan mengharapkan bantuan dari Sayidina Ali,di karenakan rasa sayang yag tinggi terhadap sesama maka diberikanlah buah delima tersebut yang seharusnya dia berikan untuk istrinya. Akhirnya Sayidina Ali kembali kerumah dengan tangan hampa tanpa membawa buah yang di inginkan oleh istrinya Fatimah az-Zahra. Setiba dirumah diceritakanlah kejadian tersebut sehingga dia tidak membawa buah yang diinginkannya. Sedangkan dikamarnya Rasulullah didatangi oleh Malaikat Jibril as,yang memberitakan apa yang telah dilakukan oleh Sayidina Ali tersebut,dan ditangannya Jibril as membawa 10 buah-buahan dari surga sebagai pengganti buah yang telah di berikan oleh Sayidina Ali kepada pengemis tadi. Nabi memanggil salah seorang sahabatnya yaitu Abu Said al-Khudri ra,agar mengantar- kan buah-buahan ini kepada Sayidina Ali dan putrinya Fatimah az-Zahra. Diperjalanan Abu Said memasukkan 1 dari 10 buah tersebut kedalam pakaiannya,entah di karenakan iri ingin merasakan buah-buahan yang segar yang tidak ada dikota Madinah waktu itu atau dia hanya ingin menguji kehebatan Sayidina Ali. Setibanya dirumah Sayidina Ali,Abu Said memberikan salam kepada sayidina Ali dari Rasulullah untuknya,sambil memberikan buah-buahan tersebut kepada Sayidina Ali. Tapi anehnya sayidina Ali menolaknya,lalu ditanya mengapa kamu tidak mau menerima pemberian dari Rasulullah? Allah telah menjelaskan dalam firmanNya setiap kebaikan dibalas dengan 10 kebaikan sedangkan ini hanya ada 9,jawab Sayidina Ali. Dengan wajah malu Abu Said memberikan satu buah yang dia umpatkan dari kantongnya,sambil berkata: Aku hanya menguji dirimu. Itulah balasan atas setiap kebaikan bahwa Allah akan membalasnya dengan 10 x lipat.

Antara khasiat lain buah delima

Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.

Kajian keatas tikus makmal menunjukan delima merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat.

Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima menstabilkan aras PSA.

Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.

Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer telah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tkus kawalan.

Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.

Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.

Read More..

Thursday, August 18, 2011

Kelebihan Buah Kurma


   


Kurma merupakan tumbuhan yang tidak asing dalam kalangan penduduk negara kita terutamanya apabila menjelang Ramadan. Kurma merupakan hidangan wajib ketika berbuka puasa. Kurma atau tamar atau istilah saintifi knya, phoenix dactyloferal merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai khasiat yang begitu banyak kepada umat manusia.
Disebabkan kepentingannya juga, Allah SWT telah menyebut kalimah kurma sebanyak 21 kali dalam al-Quran. Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat 25-26 yang maksudnya:
Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka, makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan. (Maryam : 25)
Maka daripada ayat ini, kita dapati dengan jelas Allah SWT mengarahkan Mariam a.s supaya memakan buah kurma untuk mengurangkan kesakitan bersalin dan menenangkan hati beliau ketika hendak melahirkan Isa a.s. Sekiranya ada buah yang lebih baik daripada kurma untuk menahan kesakitan bersalin nescaya Allah SWT akan mengurniakan buah tersebut kepada Mariam, tetapi ternyata tidak ada buah yang lebih baik daripada kurma di dunia ini untuk memudahkan proses bersalin.
Selain ini, diriwayatkan juga kurma terutamanya kurma Madinah sangat digemari oleh Rasulullah SAW. Antaranya terdapat hadis daripada Sa’ad r.a. yang bermaksud:
Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma antara La Bataiha (dua tanah tidak berpasir di Madinah) pada waktu pagi, maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai petang.” (Sahih Muslim:no 3813)
Terdapat pelbagai jenis kategori kurma. Ketika muda kurma dipanggil balah, manakala ketika mekar kurma dipanggil ruthob, ketika masak, kurma dipanggil tamar dan kurma kering yang keras pula dipanggil labanah. Semua jenis kurma ini mempunyai khasiat yang tersendiri.

Kandungan Nutrien Kurma

Ramai yang tidak mengetahui bahawa kurma sangat kaya dengan zat galian dan vitamin. Antara zat galian dan vitamin yang terdapat dalam kurma ialah kalsium, zat besi, kalium, vitamin A, B, B1, B2, B3, vitamin C dan E. selain itu, kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan bebas kolesterol, asid amino triptofan, glukosa dan sukrosa.

Khasiat Kurma

Kurma mempunyai khasiat yang banyak. Antaranya kurma mampu mengelakkan penyakit, menyembuhkan penyakit, memudahkan proses bersalin, memudahkan pencernaan dan banyak lagi.

1.2.1 Kurma mengelakkan penyakit

Zat galian seperti kalium, kalsium, zat besi boleh menyihatkan sel darah merah dan seterusnya mengurangkan risiko sakit jantung dan diabetes. Kurma juga mempunyai serat yang tinggi di samping nutrien yang disebutkan tadi.
Semua zat galian yang terdapat dalam kurma amat membantu dalam mencegah penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan daripada Prof. Madya Asiah Mohd Zain, pensyarah Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi UPM, “Daripada segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana kurma mengandungi zat galian seperti kalium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah.”

1.2.2 Menyembuhkan penyakit yang kronik

Selain itu, kurma juga mengandungi protein dan garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten di dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Selain gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai diamalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetes kerana boleh mendatangkan kesan yang lebih serius. Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekali gus menghentikan batuk.

1.2.3 Memudahkan proses bersalin

Bagi perempuan dalam pantang yang kehilangan darah, zat besi dan kalsium dalam kurma sangat membantu untuk menambahkan jumlah sel darah merah. Unsur ini juga boleh meningkatkan kadar pengeluaran susu ibu. Kalsium dan kalium yang terdapat dalam kurma juga dapat mengelak daripada berlakunya tekanan darah tinggi.
Menurut kajian Dr. Mahmud Nazim al Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung Daripada Segi Perubatan: Fiqhiyyah dan Perundangan, jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuh urat rahim dan memudahkan bersalin. Vitamin A pula dapat memelihara kulit yang sihat. Kurma juga mengandungi kalium yang dapat mengurangkan risiko penyakit strok. Hal ini demikian kerana kalium ialah sejenis mineral yang membuatkan kadar denyutan jantung menjadi teratur serta membantu tekanan darah.

1.2.4 Memudahkan proses pencernaan

Kurma merupakan juadah yang sangat popular pada bulan Ramadan. Umat Islam memakannya ketika berbuka puasa. Nabi menggalakkan umat Islam berbuka puasa dengan mengambil buah kurma. Apakah faedahnya? Jawapannya tidak lain tidak bukan kerana kurma mengandungi glukosa dan sukrosa. Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan sukrosa dalam kurma yang banyak itu menjadikan proses pencernaan di dalam badan sangat mudah. Selain itu, kita juga tertanya-tanya sebab seseorang itu memakan buah kurma, dia terus berasa kenyang? Maka antara salah satu daripada rahsianya seperti yang terdapat dalam kitab ‘al-Maktuubaat’ hasil tulisan Siir al-Hindi, menyatakan bahawa biji kurma itu pada asalnya dicipta oleh Allah SWT daripada sisa tanah kejadian Nabi Adam a.s. Oleh hal yang demikian, sesiapa yang memakan kurma akan terus menjadi darah daging dan rasa kenyang dengan serta-merta.

1.2.5 Kurma menenangkan perasaan

Dalam al-Quran surah Maryam ayat 26, Allah SWT berfirman kepada Saidatina Maryam a.s; “Bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan”.
Ternyata firman Allah SWT ini yang menyuruh Mariam memakan kurma untuk menenangkan fi kiran tidak bercanggah dengan kajian sains. Pengkaji mendapati dalam buah kurma terdapat sejenis bahan asas protein, iaitu asid amino (essential amino acid) yang dikenali dengan nama triptofan. Triptofan merupakan sejenis asid amino yang sangat diperlukan bagi membantu mekanisme badan yang lain terutamanya bagi sintesis niasin. Terdapat sesetengah asid amino boleh dihasilkan oleh badan tetapi unsur triptofan hanya dapat diperoleh melalui diet pemakanan manusia. Triptofan ini sejenis unsur yang boleh memberikan ketenangan kepada manusia. Tanpa triptofan, manusia akan rasa serabut, tertekan, gundah-gulana dan tidak tentu arah.
Penyelidikan klinikal juga mendapati bahawa triptofan berperanan sebagai agen antidepresi dan meningkatkan kadar neurotransmit serotonin (kawal atur aras ketenangan) dalam otak. Jadi, benarlah fi rman-Nya dalam al-Quran. Maha suci Tuhan yang telah menjadikan buah kurma ini dengan begitu sempurna, bukan sahaja memberikan manfaat kepada fi zikal manusia bahkan memberikan manfaat untuk jiwa dan mental manusia.

1.2.6 Kurma memelihara kesihatan dan menjauhkan sihir

Selain menenangkan perasaan, kurma juga memelihara kesihatan. Berdasarkan kajian kimia dan fi siologi oleh Dr. Ahmad Abdul Ra’ouf Hisyam dan Dr. Ali Ahmad Syahhat, memakan kurma ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan. Antara kurma yang terbaik ialah kurma ajwah yang sangat tinggi mutu dan harganya. Kurma ini juga dikenali sebagai kurma nabi kerana asal permulaannya telah ditanam oleh Nabi Muhammad SAW. Kurma ajwah mempunyai khasiat yang banyak. Bahkan dengan memakan tujuh biji kurma ajwah akan menyebabkan seseorang itu terselamat daripada sihir dan gangguan syaitan.

Nabi bersabda, maksudnya: “Ajwah itu buahan daripada syurga. Ajwah merupakan penawar kepada segala racun.” (Tarmizi, Nasaai dan Ibnu Majah).

Artikel di atas dipetik dari BAB 1: Kurma dalam buku Kenali 15 Superfoods Dalam Al-Quran.

sumber: http://www.titianperjalanan.com/kurma-%e2%80%93-superfood-dalam-al-quran/
Read More..

Tuesday, July 26, 2011

Borang Soal Selidik Tarannum Al-Quran

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
OPEN UNIVERSITI MALAYSIA
TAJUK:
Kajian Kefahaman Imam-Imam Masjid Tentang Ilmu Tarannum Al-Quran
Tujuan:
1.      Tujuan kajian adalah untuk mengumpul kefahaman imam-imam masjid tentang ilmu tarannum al-Quran.
2.      Jawapan yang ikhlas daripada pihak tuan amat diperlukan.
3.      Segala maklumat yang diberikan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Bahagian A: Biodata Diri
Arahan:           Isi dan tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan.
1.      Umur:  ______ Tahun
2.      Nama masjid:  ________________________________________
3.      Lokasi masjid:

Kampung

Taman

Pinggir Bandar

Bandar



4.      Pengalaman menjadi imam:

Kurang  dari 5 tahun

5 – 10 tahun

10 – 15 tahun

Lebih dari 15 tahun




5.      Tahap pendidikan tertinggi:

Pondok

Sekolah menengah biasa

Sekolah menengah agama

Maktab / Universiti



6.      Pengalaman mempelajari ilmu tarannum

Pernah

Tidak pernah



7.      Minat terhadap tarannum

Tidak berminat

Kurang berminat

Berminat

Sangat berminat



8.      Dapat membezakan jenis tarannum

Tidak tahu langsung

Tahu tapi kurang mahir

Mahir

Sangat mahir



9.      Kebolehan bertarannum

Tidak boleh langsung

Kurang boleh

Boleh

Sangat boleh




10.  Perlibatan dalam pertandingan

Pernah menyertai

Tidak pernah menyertai



11.  Jenis Tarannum yang diketahui

Tarannum Bayyati

Tarannum Soba

Tarannum Hijaz

Tarannum Rast

Tarannum Nahwand

Tarannum Sikkah

Tarannum Jiharkah



Bahagian B:   Tahap Penguasaan dan Kefahaman
Petunjuk:     SL= Sangat Lemah, L= Lemah, S= Sederhana, B= Baik, SB= Sangat Baik


Perkara
Tahap Penguasaan

SL
1
L
2
S
3
B
4
SB
5
1.      Tarannum Bayyati:

a.       Mengetahui tentang sifat dan peranan tarannum Bayyati.





b.      Mengetahui fungsi tarannum Bayyati.





c.       Tarannum ini boleh diwaslahkan kepada tarannum yang lain seperti Husyani, Kurdi dan ‘Iraqi.





2.      Tarannum Nahawand

a.       Mengetahui tentang sifat dan peranan tarannum Nahwand.





b.      Tarannum ini boleh diwaslahkan kepada tarannum yang lain seperti ‘Ajam, Rast, Kurdi dan ‘Iraqi.





Perkara
Tahap Penguasaan

SL
1
L
2
S
3
B
4
SB
5
3.      Tarannum Rast
a.       Mengetahui tentang sifat dan peranan tarannum Rast.
b.      Tarannum ini boleh diwaslahkan kepada tarannum yang lain seperti Sikah, Jiharkah dan Husaini.











4.      Tarannum Soba
a.       Mengetahui tentang sifat dan peranan tarannum Soba.
b.      Tarannum ini boleh diwaslahkan kepada tarannum yang lain seperti Ajam, Kurdi, Bayati, ‘Iraqi.











5.      Tarannum Hijaz

a.       Mengetahui tentang sifat dan peranan tarannum Hijazz.





b.      Tarannum ini boleh diwaslahkan kepada tarannum yang lain seperti Nahwand, Sikah dan Husaini.





6.      Tarannum Sikah

a.       Mengetahui tentang sifat dan peranan tarannum Sikah.





b.      Tarannum ini boleh diwaslahkan kepada tarannum yang lain Rast, Soba, Husaini dan Jiharkah.





7.      Tarannum Jiharkah

a.       Mengetahui tentang sifat dan peranan tarannum Jiharkah.





b.      Tarannum ini boleh diwaslahkan kepada tarannum yang lain Rast, Sikah, Husaini dan Soba.





8.      Mengetahui tentang maksud istilah-istilah dalam tarannum

a.       Ikhtilal al-Lahn





b.      Burdah





c.       Nagham





d.      Manhattah





e.       Harakah







Bahagian C : Cadangan Imam untuk mempertingkatkan penguasaan ilmu tarannum
________________________________________________
Read More..
Related Posts with Thumbnails

Waktu Negara Lain