SELAMAT DATANG KE BLOGKU





My Profile

Thursday, August 12, 2010

jom ramadhan


Niat Berpuasa
1) Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضَ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
2) Lafaz niat puasa Qhada’ Ramadhan :
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قََضَاءِ فَرْضَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala.
Doa Ketika Berbuka Puasa
اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.
Dalil Puasa
Firman Allah Ta’ala :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Makna Puasa
Dari Segi Bahasa:
Bererti menahan diri daripada sesuatu
Dari Segi Syarak:
Menahan diri daripada perkara-perkara yang yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari, dimulakan dengan niat berpuasa kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Syarat-syarat Puasa
Terbahagi kepada 2 :
1) Syarat-syarat wajib
a) Islam
- tidak wajib kepada orang bukan Islam
b) baligh
-tidak wajib ke atas kanak-kanak yang belum cukup umur. Namun digalakkan latihan berpuasa kepada kanak-kanak.
c) berakal
-orang gila tidak diwajibkan berpuasa
d) berupaya(sihat)
-orang yang sakit/uzur yang akan bertambah sakit jika berdaya berpuasa atau orang yang terlalu tua tidak diwajibkan berpuasa tetapi diwajibkan fidyah.
e) bermukim
-musafir tidak wajib berpuasa tetapi wajib mengqada (mengantikan) puasa selepas bulan Ramadhan
2) Syarat-syarat sah
a) Islam
b) Berakal
c) Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
d) Niat
Rukun Puasa
a) Niat- berniat dalam hati pada waktu malam
b) Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya
Perkara Membatalkan Puasa
a) Makan atau minum dengan sengaja walaupun sedikit (jika terlupa tidak membatalkan puasa tetapi wajib berhenti sewaktu menyedari bahawa diri sedang berpuasa)
b) Memasukkan dengan sengaja benda ke dalam rongga badan yang terbuka seperti telinga, hidung, mulut hingga ke dalam tengkuk,dubur dan qubul.
c) Muntah dengan sengaja
d) Keluar darah haid dan nifas
e) Gila
f) Murtad (keluar daripada Islam)
g) Mengeluarkan mani dengan sengaja
h) Bersetubuh (melakukan hubungan kelamin pada siang hari di bulan ramadhan
i) Berbuka sebelum waktunya
j) Mabuk atau pengsan sepanjang hari
Soal Jawab Puasa
Soalan 1:
Pada bulan Ramadhan, saya telah disengat tebuan. Ayah saya telah membawa saya ke hospital. Untuk mengurangkan rasa sakit, doctor telah memberikan satu suntikan. Apakah hukum puasa saya hari itu?
Jawapan:
Hukum puasa saudara tidak batal kerana perbuatan itu bukanlah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan.malah ianya bertujuan untuk mengurangkan kesakitan.

Soalan 2:
Saya didatangi haid beberapa minit sebelum waktu berbuka. Bagaimanakah puasa saya?
Jawapan:
Seseorang yang didatangi haid walaupun beberapa saat sebelum waktu berbuka dikira batal puasanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Waktu Negara Lain