SELAMAT DATANG KE BLOGKU





My Profile

Tuesday, August 3, 2010

contoh borang soal selidik


http://redriam.blogspot.com/soal-selidik-rasm-uthmani.html

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBQE 1203 RASM UTHMANI
SEMESTER MEI 2010
Borang Soal Selidik Mengenai Kefahaman Pelajar IPTA/IPTS Mengenai Kaedah Penulisan Rasm Uthmani
LATAR BELAKANG
Soal selidik yang dijalankan oleh pihak kami adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai tahap pemahaman pelajar IPTA/IPTS mengenai kaedah penulisan Rasm Uthmani.

Memandangkan pelajar telah pun mempelajari tentang kaedah penulisan Rasm Uthmani ini, maka kajian ini diharap dapat memberikan maklumat yang tepat mengenai tahap kemahiran pelajar.


BAHAGIAN A: MAKLUMAT ASAS RESPONDEN

Arahan:

Bagi setiap item, sila tandakan ( / ) atau isi tempat kosong pada ruangan yang berkaitan.
1) Jantina: ( ) Lelaki ( ) Perempuan

2) Umur: ____ Tahun
3) Keturunan/ Bangsa:

a) ( ) Melayu

b) ( ) Cina

c) ( ) India

d) ( ) Lain-lain (sila nyatakan ) __________________________________
4) Kelayakan Akademik

a) ( ) Sijil

b) ( ) Diploma

c) ( ) Sarjana muda

d) ( ) Lain-lain (sila nyatakan) ___________________________________
5) Pusat Pengajian: (sila nyatakan) ________________________________
6) Pengkhususan: (sila nyatakan)

a) Major: ______________________________

b) Minor: _____________________________


BAHAGIAN B: PEMAHAMAN PELAJAR TENTANG RASM UTHMANI

Arahan:

Berikut disenaraikan beberapa penyataan tentang Kaedah Rasm Uthmani. Sila nyatakan darjah persetujuan anda mengikut skala lima mata yang diubahsuai daripada skala Likert yang disediakan dengan menandakan ( / ) pada petak angka paling sesuai di hujung setiap penyataan.
Skala: 1 - Sangat Tidak Setuju (STS)

2 - Tidak Setuju (TS)

3 – Tidak Pasti (TP)

4 - Setuju (S)

5 - Sangat Setuju (SS)

1. Pengertian Rasm Uthmani

a. Jenis rasm al-Quran yang diterima pakai di Malaysia adalah Rasm Uthmani

b. Pembentukan (taswir) lafaz / perkataan melalui penggabungan huruf-huruf Hijaiyah.

c. Ia merupakan Ilmu Kitabah (penulisan) dikenali dengan ilmu Rasm.

d. Diistilahkan juga sebagai “rasm Mushaf”

e. Ilmu yang membincangkan tentang kaedah penulisan serta pembentukan lafaz / kalimah

f. Rasm Uthmani apa sahaja yang berkaitan dengan penulisan jenis-jenis khat.


2. Kepentingan Rasm Uthmani

a. Rasm Uthmani bersifat tauqifi bukan taufiqi

b. Rasm Uthmani menjadi sebahagian rukun Bacaan Al-Quran

c. Dapat memelihara dari kesalahan dalam Penulisan Al-Quran

d. Ditulis mengikut bacaan rawi (riwayat) serta mutawatir

e. Berdasarkan tulisan Al-Quran yang asal

3. Kaedah Penulisan Rasm Uthmani

a. Kaedah al Hazf (pembuangan/pengurangan) diguna pakai didalam penulisan Rasm Uthmani

b. Kaedah al-Ziyadah merangkumi huruf alif,huruf wau dan huruf ya

c. Kaedah al-Ibdal menggantikan huruf kepada huruf yang lain

d. Kaedah wajah qiraat ditulis berbeza-beza dan cara bacaannya masing-masing.

e. Maksud al Dabt dalam kaedah penulisan Rasm Uthmani bermaksud menjaga sesuatu

4. Hukum Menggunakan Rasm Uthmani

a. Hukum mempelajari Rasm Uthmani adalah Fardu Kifayah

b. Hukum mempelajari bacaan Qiraat adalah tuntutan wajib

c. Hukum menulis dengan menggunakan kaedah penulisan Rasm Uthmani dalam penulisan ayat Al-Quran adalah tuntutan wajib.


5. Pengamalan Para Pelajar Terhadap Rasm Uthmani (Penulisan dan Pembacaan)

a. Membuat kajian tentang pembacaan dan Penulisan Rasm Uthmani

b. Mempelajari kaedah Rasm Uthmani secara Sistematik

c. Kaedah mendengar pembacaan melalui kaset,cd dan DVD

d. Menyertai pertandingan Musabaqah Hafaz al-Quran

e. Penulisan dan pembacaan melalui bimbingan guru yang arif

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Waktu Negara Lain