SELAMAT DATANG KE BLOGKU





My Profile

Friday, April 1, 2011

April Fool Antara Kebohongan dan Kenyataan

April Fool, muhasabah dan peringatan.

April Fool? hem..
April Fool? hem..
Hari ini satu April. Dunia menyambut hari ini dengan nama April Fool. Hari berjenaka, dengan pelbagai pembohongan untuk bergurau senda. Walaupun namanya sudah sah menggunakan kaliah Inggeris, tetapi penduduk-penduduk negara lain selain negara berbahasa inggeris turut galak menyambutnya. Termasuklah penduduk di Malaysia.
Apakah sikap orang ISLAM bila hari ini datang? Itu yang saya suka bawa dan bincangkan.
Saya melihat, bila hari ini datang, akan ada dua bentuk penerimaan orang ISLAM.
Pertama, mereka menyambutnya juga. Turut melakukan pembohongan untuk berjenaka dengan teman-teman, atau mengambil peluang hari ini untuk mengenakan kenalan mereka atas tujuan keseronokan.
Nama hari ini pun sudah kelihatan jelas tujuannya, April Fool… Hari untuk memperbodohkan orang. Secara kita tidak sedar, bila kita memperbodohkan orang lain, kita juga sebenarnya sedang memperbodohkan diri kita di hadapan ALLAH SWT.
Sebenarnya, tradisi April Fool ini, adalah satu tradisi yang sama sekali tidak patut kita ikuti, rayakan, atau contohi. Hal ini kerana, berbohong atas apa tujuan sekalipun adalah salah satu dari dosa-dosa besar.
Malah, Rasulullah SAW sendiri memberikan amaran kepada sesiapa yang berbohong dari kalangan ummat baginda,
Sabda Rasulullah SAW,
“ Celakalah untuk sesiapa yang berbicara dan berbohong untuk membuat orang tertawa, celakalah untuknya” Riwayat Abu Dawud.
Sabda Rasulullah SAW lagi, kali ini dari sudut menakut-nakutkan orang, atas tujuan berjenaka.
“ Adalah dilarang untuk seorang muslim, menakutkan seorang muslim yang lain” Abu Dawud dan Musnad Ahmad.
Malah di dalam Sahih Al-Bukhari, terdapat sabda Rasulullah SAW yang menyatakan akan siksaan untuk siapa yang berbohhong. Boleh rujuk di dalam Kitab Sahih Bukhari, Vol 8, no 118.
Justeru, saya berpesan kepada diri kita semua, untuk tidak terjebak dalam pembohongan, walau apa pun tujuan kita. Tidak kiralah kerana hendak meraikan Hari April Fool ini, mahupun berbohong pada hari-hari yang lain.
Golongan kedua pula, adalah golongan yang tidak menyambut Hari April Fool, tetapi menyebarkan pula cerita palsu berkenaan sejarah sebenar berkenaan bagaimana bermulanya Hari April Fool tersebut.
Jika kita perasan, di dalam YM, mahupun di dalam Friendster dan sebagainya, akan terdapat forward mesej, atau mesej berantai yang menyatakan bahawasanya Hari April Fool ini adalah berasal dari sambutan orang kafir atas tewasnya orang ISLAM di Spain. Mereka menyambut hari kejatuhan Kerajaan ISLAM Sepanyol itu, dan menamakannya sebagai April Fool.
Dinyatakan di dalam mesej-mesej berantai ini, bahawa orang kafir telah melakukan penipuan terhadap orang ISLAM ketika itu. Maka sebab itulah dinamakan 1hb April ini sebagai Hari April Fool, yakni Hari memperbodohkan orang lain, untuk mengenangkan keberjayaan mereka menipu orang ISLAM sehingga runtuhnya kerajaan ISLAM Sepanyol.
Kes ini, sama sahaja dengan kes cerita-cerita tidak benar berkenaan asal-usul Hari Valentine. Keadaan ini, yakni menyebarkan cerita tidak betul, untuk menakut-nakutkan, atau menghindarkan orang lain dari menyambut hari-hari kebesaran agama lain, adalah satu sikap yang tidak elok dan boleh menimbulkan imej buruk terhadap orang ISLAM sendiri.
Ternyata, kisah Hari April Fool disambut kerana meraikan kejatuhan Kerajaan ISLAM Sepanyol akibat penipuan orang kafir adalah tidak benar. Saya telah membuat beberapa rujukan. Saya sertakan bersama post ini dua link untuk anda kaji semula.
Sebenarnya, orang-orang ini berniat baik untuk Orang ISLAM tidak menyambut Hari April Fool, tetapi ternyata, tanpa mereka sedari, mereka juga telah melakukan pembohongan dan melanggar pesanan Rasulullah SAW untuk tidak berbohong. Bagaimana?
Malah, lebih buruk dari itu, sikap sebegini(menyebarkan cerita bohong berkenaan satu-satu peristiwa yang merupakan kepunyaan agama/kaum lain) menimbulkan pandangan dan imej buruk masyarakat bukan ISLAM terhadap ISLAM itu sendiri.
Sememangnya, kita tidak dibenarkan menyambut April Fool. Bukanlah kerana Hari April Fool itu merupakan Hari Kejatuhan Kerajaan ISLAM mana-mana Negara, atau pada bila-bila tarikh, tetapi adalah kerana April Fool menganjurkan budaya bohong, yang ternyata jauh sekali dari ajaran ISLAM. Itu sahaja. Khalas. Janganlah kita reka-reka perkara yang tidak ada untuk menghalang orang lain. Apakah bezanya cerita ini, dengan hadith-hadith palsu yang direka-reka untuk menjauhkan orang lain dari berbuat kerosakan?
Rasulullah SAW pernah berpesan dalam sabda baginda,
“Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka dia menempah tempatnya dari neraka“ Riwayat Bukhari dan Muslim, dan hadith ini merupakan Hadith Mutawatir.
Maka kita sebagai manusia yang beriman kepada ALLAH, sepatutnya tidak melakukan perbuatan mereka-reka cerita bohong, atau menghantar mesej-mesej berantai yang tidak kita tahu kesohihannya.
Kita hendak mencegah orang dari berbohong, tetapi ternyata, kita sendiri berbohong. Malah pembohongan kita merosakkan imej ISLAM di mata masyarakat. Apakah jenayah yang lebih besar dari pembohongan yang sedemikian?
Marilah kita sama-sama muhasabah diri, dan bergerak atas arahan ILAHI, dan kita koreksi diri dan pertingkatkan kualiti hati.
Semoga ALLAH redha kita, dan menjaga kita dengan penjagaan yang ketat.
Sumber:
Read More..

Friday, December 31, 2010

SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2011

Jangan lupa kawan-kawan malam esok dan malam tahun baru. Amy ada temujanji yang menarik. Amy mahu raikan pesta buih dengan bebas. Amy mahu raikan ia dengan gembira dan senang ahti.
Detik yang amy nanti telah tiba. Detik yang amy tunggu sudah kembali. Ini perkara yang mereka biasa buat. Pesta buih aka pesta seks kini kembali pada malam ini.......
Mari kita lihat contoh gambar parti buih. Ini gambar 18sx. Bagi mereka yang belum 18sx jangan tengok. Bagi mereka yang dah melepasi 18sx juga dinasihatkan jangan tengok kalau tak mampu kawal nafsu.
sumber petikan: http://ijoks2009.blogspot.com/2010/12/gadis-melayu-anjur-pesta-seks-sambut.html
 
Adakah sambutan sebegini yang kita perlukan dan harapkan.. Bagi mereka yang menyukainya.. cepat-cepat ler bertaubat sebelum terlambat..
Wahai sahabat-sahabatku se-Islam sekalian, takutlah akan Allah. Bertawakallah kepadaNya. Bersama-samalah kita saling ingat-mengingati ke arah kebenaran. Semoga tergolong di dalam golongan yang telah dijanjikan Allah kemuliaan di sisiNya. Insya Allah. Doa merupakan satu anugerah Allah yang telah dikurniakan kepada kita.
Kita baru sahaja menyambut tahun baru hijrah 1432H, maka untuk tahun baru 2011M ini, sama-samalah kita berdoa kepada Allah SWT, Tuhan sekalian alam.
Berikut adalah doa yang dimaksudkan:

Awal tahun

"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

Amin.. Ya Rabbal Alamin...

 
Read More..

Friday, December 10, 2010

7 Kalimah

Di hari Jumaat yang mulia ini.marilah sama-sama kita serikan hidup kita dengan kalimah ini. Semoga ianya membawa berkat dalam hidup kita.
Sabda Rasulullah S.A..W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisiAllah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut":

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. ... mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu... mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.

Sebarkanlah kepada teman2 yang lain..Sabda Rasulullah:"sesiapa yang menyampaikan sesuatu ilmu & orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun dia sudah tiada..."
Sumber:

http://ijoks2009.blogspot.com/2010/12/7-kalimah.html Read More..

Saturday, November 20, 2010

Cheng Ho Expo & Kelantan-China International Trade Fair 2010


Cheng Ho Expo is the first of its kind international trade exhibition to be organized by the Kelantan State Government in Kota Bharu, Kelantan, featuring more than 300 companies from countries around the world.
In celebration of 600th anniversary of Admiral Cheng Ho Naval expedition to Malaysia, the Expo will be highlighting his life and voyages that had made tremendous strides in bringing social, cultural and economic values towards greater unity and prosperity to the world at his time, thus named "Cheng Ho Expo 2010".
Set against this historical background, the Kelantan State Government is proud to organize the Expo with the objective to create a valuable platform of trade and investment opportunities to our exhibitors and visitors, both local and international, while playing the role model of Admiral Cheng Ho in promoting unity among Muslims by the value and in establishing trade collaboration and diplomatic alliance among different countries.
To be held over a 6-day period from November 21-26, 2010, the exhibition will provide a dynamic business avenue that brings together business fraternities from a wide spectrum of industry sectors to explore trade opportunities, which include tourism industry, halal food, Islamic Banking and Finance industry, biotechnological and agricultural products and many more, under one roof. It will also be incorporated with talks and forums to be presented by prominent Chine businessmen, diplomats and young entrepreneurs.
In all, Cheng Ho Expo 2010 is the best focal meeting point that attracts both domestic and international participants to come to interact, transact and source for various products and services.
 

Tahniah negeri Kelantan, Kerajaan Negeri Kelantan dibawah pimpinan PAS dan Sukarelawan Rakyat Kelantan kerana dapat menjayakan ekspo sebegini julung-julung kalinya di negeri Kelantan. Semoga ekspo ini akan menjadi acara tahunan di Kelantan.
Ambo tumpang gembira dengan ekspo ini. jom sama-sama meriahkannya.. Read More..

Friday, October 29, 2010

Bacalah al-Quran


sumber: http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.
Read More..

Thursday, October 7, 2010

Malang Tak Berbau

Lama sudah rasanya tak update blog ni. maklumlah sekarang nih tengah sibuk ngan aktiviti kat sekolah mahu pun kat OUM. maklumlah jadi pengajar dan pelajar dalam waktu yang sama. sibuk benar rasanya.
hari nih, satu tragedi yang tak disangka berlaku dihadapan sekolah lebih kurang jam 6 pagi lebih. di mana eksiden van jenis nissan yang telah melanggar bus stop dan pagar di hadapan sekolah. walaupun begitu, pemandunya tidak mengalami apa apa kecederaan. kalaulah ada pelajar dikawasan tersebut, pastinya pelajar tersebut boleh meninggal dunia.semoga menjadi pengajaran kepada semua. jangan pandu laju-laju. malang tak berbau....lihatlah gambar ini....
post oleh: ardiey 2010/10/07








Read More..
Related Posts with Thumbnails

Waktu Negara Lain