SELAMAT DATANG KE BLOGKU





My Profile

Sunday, April 7, 2013

Berhati-Hati Dengan Hiden Camera@Spy Camera

Awas Muslimah,Berhati-Hati Dengan Hiden Camera@Spy Camera



Zaman sekarang macam-macam alat di cipta untuk memudahkan orang buat kerja-kerja jahat.
Berwaspadalah jika anda berada di bilik hotel ataupun nak tukar pakaian di bilik persalinan di mana-mana sahaja.Pastikan tidak ada benda-benda pelik macam gambar-gambar di bawah ini.


 


Wireles untuk tontonan siaran langsung,bahaya betul


Konon kononnya kotak eletrik la,Eleh trick je tu sebenarnya ada camera
Yang ni lagi tak perasan ,tersembunyi dalam bulb lampu
Gadjet untuk mat skodeng


Itu cuma beberapa contoh sahaja,ada pelbagai jenis lagi spy camera yang di jual di internet.Berhati-hatilah jangan sampai jadi mangsaUntuk selamat jangan try pakaian di butik atau kedai kecuali anda betul-betul kenal dengan tuan punya kedai.
                 

 thanks and credit for:  ijoks2009

Baca Selengkapnya - Kami SokongTokguru: Awas Muslimah,Berhati-Hati Dengan Hiden Camera@Spy Camera http://ijoks2009.blogspot.com/2013/03/awas-muslimahberhati-hati-dengan-hiden.html#ixzz2PqXgt1tJ


Read More..

Thursday, May 17, 2012

 Erti sebenar seorang CIKGU
 

C: Cantik budi pekertinya
I: Inovatif praktisnya
K: Kreatif mindanya
G: Garang semangatnya
U: Unggul ilmunya

 Saya tidak tahu bila bermulanya Sambutan Hari guru. yang pasti, setiap tahun, Sambutan Hari Guru di Malaysia akan diiringi dengan tema yang menjadi landasan perjuangan warga pendidik negara. ini dia Tema Hari Guru di Malaysia sejak tahun 1990 hingga 2011 :

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2010 Guru Pembina Negara Bangsa

2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK DI MALAYSIA
Read More..
SELAMAT HARI GURU 2012
"GURU INOVATIF PENJANA TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"



Berbahagialah sesiapa yang menjadi GURU kerana dianugerahkan Allah swt dengan amanah yang suci sebagai pendidik.Anak murid yang tidak mahu mendengar kata, yang malas membuat kerja rumahnya, yang asyik bercakap bila gurunya berkata-kata, yang tidak langsung memberikan salam dan mengucapkan terima kasih kepada gurunya, semuanya anugerah Tuhan yang mengajar kita bagaimana untuk menjadi kuat dan memahami erti sebenar pengorbanan dan keikhlasan. 
Berbahagialah sesiapa yang menjadi GURU, kerana kita diberi peluang olah Tuhan untuk mendekati manusia, memberi mereka kasih sayang dan melihat mereka semakin membesar dan tumbuh menjadi insan berguna...
Berbahagialah kepada sesiapa yang menjadi GURU, kerana ada insan yang akan mengingati gurunya, mengamalkan kebaikan yang guru titipkan, dan mewariskan kebaikan itu zaman berzaman.
Berbahagialah sesiapa yang menjadi GURU, jika nanti pusaranya akan menjadi taman-taman indah yang selalu ditumbuhi pepohon dan bunga-bungaan, berkat ilmu dan kebaikan yang guru wariskan. Semoga semua GURU akan mendapat keberkatan dari Ilahi. AMIN...
Sempena hari guru 2012 ini, penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah mengajarku dari sekolah rendah, menengah dan peringkat yang lebih tinggi. sehinggakan sekarang ini penulis juga menjadi guru dan berusaha untuk menjadi muaddib yang sebenar.
Read More..

Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha 1432H/2011M



Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam ...
Maaf Zahir dan Batin.. Read More..

Di sebalik nama COCA- COLA


Kepada peminat-peminat coca-cola. apa yang anda tahu tentang coca-cola. di sini saya ingin kongsi satu entry yang saya ambil dari satu blog berkaitan dengan jenama minuman ini.

FAKTA tentang COCA-COLA:
1. Coca-Cola mampu menghakis tulang. Hal ini dapat dibuktikan apabila kita masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari.
2. Coca-Cola digunakan untuk mencuci tandas : Masukkan air Coca-Cola ke dalam mangkuk tandas dan biarkan selama 1 jam. Kemudian anda ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam air tersebut.

3. Untuk menghilangkan kesan karat pada bumper kereta jenis chrome: Caranya adalah dengan lap bumper tersebut dengan aluminium foil yang direndam dalam air Coca-Cola. Kesannya karat tersebut akan hilang.

4. Untuk menghilangkan hakisan pada terminal bateri kereta : Tuang saja air Coca-Cola pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coca-Cola, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit pada pakaian : Letakkan air Coca-Cola ke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang.

7. Coca-cola mempunyai bahan aktif seperti phosphoric asid. Ia mempunyai nilai pH antara 2.8 hingga 3.2 . Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang kita dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama penyakit osteoporosis.

8. Kandungan gula dalam air Coca-cola bersamaan dengan 18 sudu cawan teh. Kandungan gula yang tinggi ini akan menjurus kepada penyakit Diabetes.

Untuk pengetahuan semua,Coca-cola diharamkan penjualannya  di Israel demi menjaga kesihatan rakyatnya.
 
Fakta lain yang anda perlu tahu tentang Coca-cola:
apabila dibaca dari belakang, akan kelihatan ayat ‘Laa Muhammad, Laa Makkah’ dalam tulisan jawi.




bagaimana dengan anda, cuba kita sama-sama fikirkan... Read More..

Monday, October 31, 2011

Petua Imam Syafi'e

Dah lama rasanya tak update blog ni. bukannya apa sibuk dengan kerja kat sekolah yang bertimbun-timbun dan juga tugasan oum. Beginilah rupanya orang kerja sambil belajar. Semua mesti dibuat dalam waktu yang sama. Mesti tahu jaga masa... sambil melayari internet untuk mencari nota-nota untuk tugasan. Terjumpalah satu entry yang tak kurang menarik pandangan mata. Anda macam mana... anda nilailah sendiri...

Empat perkara menguatkan badan


1. makan daging
2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas

sumber entry: http://tazkirah-umum.blogspot.com/



Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam



Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih



Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat



Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR


1. TIDUR PARA NABI - Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH - Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA - Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.

4. TIDUR SYAITAN - Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka. Read More..

Monday, September 26, 2011

Misteri Pembinaan Piramid Telah Dijawab Dalam Al-Quran


Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.
Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan
Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:


وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ


“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.” (Al-Qasas: 38)


Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.
Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.
Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.
Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.

Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”
Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.



Gambar di atas menunjukkan kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun.

Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al-Quran sebagai pemberi rahmat dan petunjuk kepada sekalian alam.
sumber: http://www.islamituindah.my/misteri-binaan-piramid-dijawab-oleh-al-quran
Read More..
Related Posts with Thumbnails

Waktu Negara Lain