SELAMAT DATANG KE BLOGKU





My Profile

Monday, August 23, 2010

Zakat Fitrah

Contoh resit zakat fitrah di Miri, Sarawak
Sudahkah anda menunaikan tanggungjawab anda untuk diri dan ahli keluarga anda. Jangan tunggu saat-saat akhir, bila solat raya baru nak cari untuk bayar fitrah. Ingatlah ianya wajib dibayar selagi anda masih hidup.

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
SYARAT WAJIB ZAKAT
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

•Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

•Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

•Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

•Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Kadar Zakat Fitrah Bagi Setiap Negeri
Perak : (Rm 7.00)

Perlis : (Rm 6.00)

Pulau Pinang : (Rm 7.00)

Pahang : (Rm 7.00)

Selangor : (Rm 7.00)

Sarawak : (Rm 5.20)

Sabah : (Rm 6.80)

Melaka : (Rm 6.50)

Wilayah Persekutuan : (Rm 7.00)

Terengganu : (Rm 5.00 / Rm 7.00 / Rm 8.00)*

Kelantan : (Rm 7.00)

Negeri Sembilan : (Rm 6.50)

Johor : (Rm 5.50 / Rm 7.50)*

Kedah : (Rm 7.00)

WAKTU MENGELUARKAN FITRAH
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
WAKTU WAJIB
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

WAKTU YANG PALING AFDHAL
Sebelum sembahyang Hari Raya

WAKTU SUNAT
Sepanjang bulan Ramadhan

WAKTU MAKRUH
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

WAKTU HARAM
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

PENGAGIHAN ZAKAT

Zakat akan diagihkan kepada beberapa asnaf. Asnaf-asnaf tersebut ialah:

ASNAF FAKIR - Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.

ASNAF MISKIN - Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya.

ASNAF AMIL - Orang yang dilantik / ditauliahkan oleh Sultan atau Naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat.

ASNAF MUALLAF - Orang yang baru memeluk Islam iaitu "orang yang dijinakkan hatinya" dengan diberi bantuan supaya mereka teguh mencintai Islam.

ASNAF RIQAB - Iaitu hamba mukatab yang ingin memerdekakan dirinya.

ASNAF GHARIMIN - Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan :
  • Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
  • Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
  • Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.
ASNAF FISABILILLAH - Fisabililah ialah tiap-tiap perbuatan / perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untuk menegakkan syiar Islam.
ASNAF IBNI SABIL - Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat:
  • Ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya.
  • Pengembaraan diharuskan oleh syarak.

* sumber dari e-zakat

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Waktu Negara Lain