SELAMAT DATANG KE BLOGKU





My Profile

Saturday, November 20, 2010

Cheng Ho Expo & Kelantan-China International Trade Fair 2010


Cheng Ho Expo is the first of its kind international trade exhibition to be organized by the Kelantan State Government in Kota Bharu, Kelantan, featuring more than 300 companies from countries around the world.
In celebration of 600th anniversary of Admiral Cheng Ho Naval expedition to Malaysia, the Expo will be highlighting his life and voyages that had made tremendous strides in bringing social, cultural and economic values towards greater unity and prosperity to the world at his time, thus named "Cheng Ho Expo 2010".
Set against this historical background, the Kelantan State Government is proud to organize the Expo with the objective to create a valuable platform of trade and investment opportunities to our exhibitors and visitors, both local and international, while playing the role model of Admiral Cheng Ho in promoting unity among Muslims by the value and in establishing trade collaboration and diplomatic alliance among different countries.
To be held over a 6-day period from November 21-26, 2010, the exhibition will provide a dynamic business avenue that brings together business fraternities from a wide spectrum of industry sectors to explore trade opportunities, which include tourism industry, halal food, Islamic Banking and Finance industry, biotechnological and agricultural products and many more, under one roof. It will also be incorporated with talks and forums to be presented by prominent Chine businessmen, diplomats and young entrepreneurs.
In all, Cheng Ho Expo 2010 is the best focal meeting point that attracts both domestic and international participants to come to interact, transact and source for various products and services.
 

Tahniah negeri Kelantan, Kerajaan Negeri Kelantan dibawah pimpinan PAS dan Sukarelawan Rakyat Kelantan kerana dapat menjayakan ekspo sebegini julung-julung kalinya di negeri Kelantan. Semoga ekspo ini akan menjadi acara tahunan di Kelantan.
Ambo tumpang gembira dengan ekspo ini. jom sama-sama meriahkannya.. Read More..

Friday, October 29, 2010

Bacalah al-Quran


sumber: http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.
Read More..

Thursday, October 7, 2010

Malang Tak Berbau

Lama sudah rasanya tak update blog ni. maklumlah sekarang nih tengah sibuk ngan aktiviti kat sekolah mahu pun kat OUM. maklumlah jadi pengajar dan pelajar dalam waktu yang sama. sibuk benar rasanya.
hari nih, satu tragedi yang tak disangka berlaku dihadapan sekolah lebih kurang jam 6 pagi lebih. di mana eksiden van jenis nissan yang telah melanggar bus stop dan pagar di hadapan sekolah. walaupun begitu, pemandunya tidak mengalami apa apa kecederaan. kalaulah ada pelajar dikawasan tersebut, pastinya pelajar tersebut boleh meninggal dunia.semoga menjadi pengajaran kepada semua. jangan pandu laju-laju. malang tak berbau....lihatlah gambar ini....
post oleh: ardiey 2010/10/07








Read More..

Friday, September 17, 2010

Sultan Kelantan

Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

 KOTA BHARU, 13 Sept: Pemasyhuran Perlantikan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan telah selamat disempurnakan pada pagi ini di Istana Balai Besar di sini.

Pemasyuran perlantikan itu dibacakan Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Kedua.

"Bismillahir Rahmanir Rahim; maka dengan ini adalah diisytiharkan bagi pengetahuan orang ramai bahawa pada menjalankan kuasa-kuasa menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Yang Kedua, Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang bermesyuarat pada hari ini (4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan 13.9.2010, pukul 9.00 pagi) di Pejabat SUK, Kota Darunaim, Kota Bharu telah membuat keputusan bersetuju memilih, melantik dan mengesahkan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Pemangku Raja Kelantan waris, menjadi Raja memerintah, menaiki takhta Negeri Kelantan dan Jajahan takluknya bagi menggantikan KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra berkuatkuasa pada hari ini 4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan dengan 13 September 2010.

"Padanya, sekalian hamba rakyat mengaku taat setia dan kasih mesra dan kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa dipohon taufiq dan hidayah ke atasnya, semoga Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darulnaim dan seluruh jajahan takluknya memerintah di atas takhta Kerajaan Kelantan, dan memandu negeri dan rakyat sekalian merasa aman sentosa, mewah, makmur, kebajikan serta menaungi.," katanya.

Turut hadir Tengku Bendahara Kelantan Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, kerabat negeri, kepimpinan dan pegawai negeri.
-harakahdaily-  -ijoks2009-

Catatan: Sebagai anak jati Kelantan, patik rasa bersyukur di atas pemasyuran Tuanku sebagai Al-Sultan Kelantan yang baru.Semoga negeri Kelantan akan terus gah bersama gandingan Ulamak dan Raja yang berjiwa Islam.

Daulat Tuanku! ,Daulat Tuanku! ,Daulat Tuanku!,
Allahuakbar !! Read More..

Saturday, September 4, 2010

Ambang Kemerdekaan 2010

Satu Perhimpunan Ambang Kemerdekaan telah dilakukan di SK Riam Batu Dua, Kem Sri Miri, Miri Sarawak. Perhimpunan tersebut telah dilakukan pada 30 Ogos 2010 pada jam 7.30 pagi telah dihadiri oleh warga guru SK Riam Batu Dua dan Pelaja-pelajar dari Prasekolah hingga Tahun 6 iaitu dalam sekitar 500 orang. Acara Dimulaikan dengan Nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Lagu Sekolah. Selepas Itu, Bacaan Doa, Ucapan Guru Besar, nyanyian lagu-lagu patriotik.


Bacaan Doa Kemerdekaan





Ucapan Guru Besar Sempena Kemerdekaan








Laungan Kemerdekaan



Nyanyian Lagu-Lagu Patriotik
Tarian 1 Malaysia
Read More..
Related Posts with Thumbnails

Waktu Negara Lain