SELAMAT DATANG KE BLOGKU





My Profile

Friday, September 17, 2010

Sultan Kelantan

Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

 KOTA BHARU, 13 Sept: Pemasyhuran Perlantikan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan telah selamat disempurnakan pada pagi ini di Istana Balai Besar di sini.

Pemasyuran perlantikan itu dibacakan Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Kedua.

"Bismillahir Rahmanir Rahim; maka dengan ini adalah diisytiharkan bagi pengetahuan orang ramai bahawa pada menjalankan kuasa-kuasa menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Yang Kedua, Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang bermesyuarat pada hari ini (4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan 13.9.2010, pukul 9.00 pagi) di Pejabat SUK, Kota Darunaim, Kota Bharu telah membuat keputusan bersetuju memilih, melantik dan mengesahkan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Pemangku Raja Kelantan waris, menjadi Raja memerintah, menaiki takhta Negeri Kelantan dan Jajahan takluknya bagi menggantikan KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra berkuatkuasa pada hari ini 4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan dengan 13 September 2010.

"Padanya, sekalian hamba rakyat mengaku taat setia dan kasih mesra dan kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa dipohon taufiq dan hidayah ke atasnya, semoga Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darulnaim dan seluruh jajahan takluknya memerintah di atas takhta Kerajaan Kelantan, dan memandu negeri dan rakyat sekalian merasa aman sentosa, mewah, makmur, kebajikan serta menaungi.," katanya.

Turut hadir Tengku Bendahara Kelantan Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, kerabat negeri, kepimpinan dan pegawai negeri.
-harakahdaily-  -ijoks2009-

Catatan: Sebagai anak jati Kelantan, patik rasa bersyukur di atas pemasyuran Tuanku sebagai Al-Sultan Kelantan yang baru.Semoga negeri Kelantan akan terus gah bersama gandingan Ulamak dan Raja yang berjiwa Islam.

Daulat Tuanku! ,Daulat Tuanku! ,Daulat Tuanku!,
Allahuakbar !! Read More..

Saturday, September 4, 2010

Ambang Kemerdekaan 2010

Satu Perhimpunan Ambang Kemerdekaan telah dilakukan di SK Riam Batu Dua, Kem Sri Miri, Miri Sarawak. Perhimpunan tersebut telah dilakukan pada 30 Ogos 2010 pada jam 7.30 pagi telah dihadiri oleh warga guru SK Riam Batu Dua dan Pelaja-pelajar dari Prasekolah hingga Tahun 6 iaitu dalam sekitar 500 orang. Acara Dimulaikan dengan Nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Lagu Sekolah. Selepas Itu, Bacaan Doa, Ucapan Guru Besar, nyanyian lagu-lagu patriotik.


Bacaan Doa Kemerdekaan





Ucapan Guru Besar Sempena Kemerdekaan








Laungan Kemerdekaan



Nyanyian Lagu-Lagu Patriotik
Tarian 1 Malaysia
Read More..

Monday, August 23, 2010

Zakat Fitrah

Contoh resit zakat fitrah di Miri, Sarawak
Sudahkah anda menunaikan tanggungjawab anda untuk diri dan ahli keluarga anda. Jangan tunggu saat-saat akhir, bila solat raya baru nak cari untuk bayar fitrah. Ingatlah ianya wajib dibayar selagi anda masih hidup.

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
SYARAT WAJIB ZAKAT
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

•Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

•Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

•Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

•Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Kadar Zakat Fitrah Bagi Setiap Negeri
Perak : (Rm 7.00)

Perlis : (Rm 6.00)

Pulau Pinang : (Rm 7.00)

Pahang : (Rm 7.00)

Selangor : (Rm 7.00)

Sarawak : (Rm 5.20)

Sabah : (Rm 6.80)

Melaka : (Rm 6.50)

Wilayah Persekutuan : (Rm 7.00)

Terengganu : (Rm 5.00 / Rm 7.00 / Rm 8.00)*

Kelantan : (Rm 7.00)

Negeri Sembilan : (Rm 6.50)

Johor : (Rm 5.50 / Rm 7.50)*

Kedah : (Rm 7.00)

WAKTU MENGELUARKAN FITRAH
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
WAKTU WAJIB
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

WAKTU YANG PALING AFDHAL
Sebelum sembahyang Hari Raya

WAKTU SUNAT
Sepanjang bulan Ramadhan

WAKTU MAKRUH
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

WAKTU HARAM
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

PENGAGIHAN ZAKAT

Zakat akan diagihkan kepada beberapa asnaf. Asnaf-asnaf tersebut ialah:

ASNAF FAKIR - Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.

ASNAF MISKIN - Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya.

ASNAF AMIL - Orang yang dilantik / ditauliahkan oleh Sultan atau Naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat.

ASNAF MUALLAF - Orang yang baru memeluk Islam iaitu "orang yang dijinakkan hatinya" dengan diberi bantuan supaya mereka teguh mencintai Islam.

ASNAF RIQAB - Iaitu hamba mukatab yang ingin memerdekakan dirinya.

ASNAF GHARIMIN - Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan :
  • Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
  • Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
  • Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.
ASNAF FISABILILLAH - Fisabililah ialah tiap-tiap perbuatan / perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untuk menegakkan syiar Islam.
ASNAF IBNI SABIL - Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat:
  • Ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya.
  • Pengembaraan diharuskan oleh syarak.

* sumber dari e-zakat Read More..

Friday, August 20, 2010

extra cash from your website

cubalah try link. kot-kot berminat
Get cash from your website. Sign up as affiliate. Read More..

latih tubi untuk pelajar sekolah

Ciri-ciri Menarik LatihTubi.com
1.Merangkumi semua set soalan latihan topikal, ujian dan peperiksaan di setiap tahap.
2.Set soalan ditambah dari semasa ke semasa.
3.Jenis bentuk soalan berdasarkan format peperiksaan sebenar dan di dalam buku latihan.
4.Mengandungi jam masa untuk set soalan yang diberi tempoh masa.
5.Terdapat panel soalan untuk menyemak soalan yang sudah atau belum di jawab.
6.Pengiraan markah secara automatik sejurus tamat menjawab set soalan.
7.Set soalan yang telah dijawab boleh di ulangkaji untuk menyemak jawapan yang betul.
8.Semua keputusan disimpan di dalam buku rekod pelajar untuk mengetahui prestasi terkini pelajar.
9.Pelajar yang mendapat keputusan tertinggi akan di paparkan pada laman senarai pelajar terbaik.
10.Bahan bacaan seperti tip-tip belajar, peperiksaan, motivasi, pengetahuan am untuk bacaan pelajar.
11.Permainan interatif yang mencabar minda pelajar seperti Sudoku, Guess Word, Brain Machine, Robo Chess, Line Up and Type n Pop.
12.Pelbagai pertandingan mencabar dengan hadiah menarik menanti pelajar.

cubalah latih tubi untuk exam anda. pastinya anda akan berpuas hati. untuk daftar ahli gunalah link ini.... semoga berjaya...
Read More..
Related Posts with Thumbnails

Waktu Negara Lain